Shopee, penyedia e-dagang di pasaran negara kini mengukuhkan lagi prestasi perkhidmatan mereka dengan meluaskan kerjasama strategik bersama sebilangan penyedia logistik – antaranya melibatkan BEST Inc Malaysia, City-Link Express, Flash Express, GDEX, Ninja Van Malaysia, dan SPX Express untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penjual dan pengguna.
Langkah ini sekaligus mengukuhkan lagi program Jaminan Tepat Waktu yang memastikan penghantaran dilakukan tepat waktu untuk meningkatkan kepuasan pelanggan. Ia menandakan satu langkah penting dalam menyeimbangkan lagi perkhidmatan penghantaran di Malaysia, dengan meningkatkan pengalaman pengguna secara keseluruhan dengan penghantaran yang lebih terjamin, cekap, dan tepat pada masanya.
Adanya usaha ini, ia selari dengan jangkaan perkembangan pasaran e-dagang Malaysia – yang berpotensi berkembang 12.8% pada tahun ini dengan nilai mencapai $11 bilion.
Buat pengetahuan umum, tahun 2023 memperlihatkan berlakunya perkembangan prestasi e-dagang sekitar 15% mencapai $9.8 bilion. Persekitaran itu menurut Shopee dipengaruhi akan peningkatan tabiat berbelanja pengguna secara atas talian.
Maka untuk meluaskan lagi potensi tersebut, kerjasama strategik dengan BEST Inc Malaysia, City-Link Express, Flash Express, GDEX, Ninja Van Malaysia, dan SPX Express – akan mengukuhkan lagi khidmat mereka kepada penjual dan pengguna di seluruh Malaysia dan selanjutnya mengoptimumkan setiap titik rantaian penghantaran di pasaran negara dengan lebih baik.