Tatkala aliran ekonomi Malaysia kian memulih bersama penambahbaikan dalam aspek asas pendapatan bersama kumpulan pekerja – masih terdapat banyak pihak lagi berdepan kekangan akan tekanan kos semasa. Mengikut tinjauan semasa, sekitar 53% rakyat Malaysia masih bergantung sepenuhnya kepada gaji mereka – malah adanya berbelanja lebihi pendapatan mereka.
Situasi ini secara langsung menyebabkan kumpulan ini tidak miliki kapasiti untuk melakukan simpanan.
Lebih membimbangkan dapatan di bawah Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus 2024 (RMFLS2024) ini menjelaskan hanya 33% rakyat negara menyimpan lebih RM500 pada setiap bulan. Sementara 55% responden pula akui kekal cemas akan status kewangan semasa mereka susulan berdepan komitmen yang tinggi.
Selanjutnya, tinjauan turut dapati terdapatnyapenambahbaikan status kewangan dalam kalangan wanita di Malaysia. Ketika ini 28% wanita di negara melaksanakan simpanan lebih RM500 setiap bulan, diikuti 38% akui mampu bertahan lebih 4 bulan sekiranya mereka tidak bekerja dan lebih membanggakan adalah 57% wanita di Malaysia telah bertindak merancang pelan persaraan mereka demi kesejahteraan hari tua kelak.
Penambahbaikan ini menurut RinggitPlus, jelas menunjukkan komitmen wanita untuk meningkatkan taraf hidup mereka kian melonjak. Secara menyeluruh untuk perancangan pelan persaraan ini, masih terdapat 40% rakyat negara tidak berbuat sebarang perancangan berhubung persaraan mereka. Di mana didapati 26% daripada beranggapan mereka masih muda untuk laksana perancangan kewangan hari tua.