Artikel

Mulai 2025 – Syarikat Senaraian Bursa, Firma Besar Perlu Patuhi NSRF

Selari dengan pelancaran Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF) – Suruhanjaya Sekuriti (SC) kini memperincikan syarikat senarian di Pasaran Utama dan ACE Bursa bersama firma besar tidak tersenarai yang menjana pendapatan RM2 bilion ke atas secara tahunan, kelak perlu patuhi standard pelaporan baharu mengikut NSRF bermula 2025 ini.

Sebagai perincian untuk peringkat awal sekitar 130 syarikat di Pasaran Utama Bursa perlu patuhi IFRS – Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa pada tahun hadapan dengan tumpuan melibatkan pendedahan iklim.

Selanjutnya SC menjangkakan pelaporan pertama dijadualkan dapat dikongsikan pada tahun 2026. Keperluan ini penting berikutan syarikat yang terlibat adalah mewakili lebih 80% daripada permodalan pasaran di Bursa Malaysia.

Jelas SC lagi, keperluan ini akan dilaksana secara berperingkat di mana ia penting dalam rantaian bekalan global. Piawaian pelaporan sedemikian akan membantu negara menyeragamkan perloehan maklumat dan sekaligus membantu menyeimbangkan startegi pasaran Malaysia di pasaran global bersama kumpulan pelabur.