Negara kini telah memperkenalkan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF), di mana kerangka tersebut berupaya membantu syarikat pelabur di Malaysia untuk mengamalkan piawaian pelaporan berlandaskan skop antarabangsa.
Pengenalan ini menurut Kementerian Kewangan (MOF) sekaligus akan memastikan ketelusan pengurusan risiko, daya tahan perniagaan dan sumbangan operasi kepada negara dapat ditambah-baik.
Lebih menarik, ia turut menangani isu keperluan maklumat kepada pelabur dan pembiaya dalam aturan melaksanakan peruntukan modal. Kerangka tersebut secara langsung akan menggalakkan kelestarian ekonomi diperkasa bersama tanggungjawab sosial kumpulan korporat.
Buat pengetahuan umum – adanya pengenalan NSRF ia memperlihatkan penyertaan Malaysia bersama lebih 20 buah negara lain yang mewakili 55% KDNK global pada penggunaan piawaian tersebut.