Artikel

Nestlé Optimis Urus Tekanan Kos – Tatkala Harga Kopi, Koko Terus Meningkat 

Dalam tempoh setahun, pasaran menyaksikan berlakunya peningkatan ketara pada bekalan komoditi di dunia – di mana harga biji kopi robusta meningkat 98.2% disusuli arabica naik 62.8% ketika ini berbanding rekod September 2023.

Tidak hanya biji kopi itu, harga koko dunia turut memaparkan lonjakan ketara dengan 62.6% pada September 2024.

Menurut firma penyelidikan MIDF Research, meskipun harga komoditi tersebut terus meningkat namun sebahagian jenama produk kekal berdaya saing apabila masih optimis menguruskan tekanan kos. Antaranya adalah kumpulan Nestle.

Kemampuan itu didorong hasil permintaan yang berterusan dipaparkan oleh kumpulan pengguna sekaligus membolehkan jenama produk memindahkan kos input yang lebih tinggi kepada pengguna.

Selain peningkatan permintaan, pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar AS turut memberi manfaat kepada syarikat makanan dan minuman serta penternak negara berikutan kos bahan mentah yang lebih rendah dapat dicapai. Namun perlu diakui situasi itu kekal memberi kesan negatif kepada pengeksport.