Bermula bulan hadapan pada 1 Oktober ini, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Penerapan akta ini menurut perkongsian KKM pada laman X semalam, sekaligus melibatkan tindakan berhubung peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok, vape di tempat awam.
Ini bermakna selain larangan merokok dan vape di tempat awam, akta turut memperuntukan larangan penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau serta penyediaan sebarang perkhidmatan merokok kepada kanak-kanak bawah umur.