Artikel

Petronas Tidak Ambil Tindakan Undang-Undang Ke Atas Sarawak, Petros

Susulan isu berkenaan kawal selia minyak dan gas sebelum ini – Petronas kini memaklumkan pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas kerajaan Sarawak dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

Notis dalam kenyataan bersama ini telah dikeluarkan Pejabat Perdana hari ini setelah perbincangan lanjut dilaksanakan antara kesemua pihak. 

Setakat ini, menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) kesemua pihak telah melaksanakan perbincangan lanjut berhubung pengagihan gas di Sarawak, aturan tersebut masih di fasa rundingan dan akan dimaklumkan setelah mencapai kesepakatan dalam tempoh terdekat.

Seperti yang umum ketahui bermula 1 Julai lalu, Petros seharusnya mengambilalih peranan dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak namun aturan itu telah alami penangguhan berikutan mengambilkira terdapat lokasi yang terjejas.

Meskipun berdepan penangguhan, kesemua pihak dalam kenyataan hari ini menjelaskan tiada sebarang isu yang berbangkit akan peranan tersebut dan segala rundingan akan dikongsikan tidak lama lagi.