Penempatan pusat data di pasaran global dilihat akan alami lonjakan pada beberapa tahun mendatang. Berikutan sasaran permintaan itu, dijangka pasaran pusat data ASEAN berupaya mencapai nilai $11 bilion menjelang tahun 2028 kelak.
Pemerhatian ini menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB), didorong hasil perbelanjaan modal pusat data (capex), perbelanjaan operasi (opex) dan perbelanjaan modal di peringkat global.
Di mana jangkaan firma penyelidikan itu akan memperlihatkan peluang pendapatan boleh dijana daripada capex pusat data adalah sekitar $3 bilion, daripada opex pula $6 bilion dan $3 bilion pula daripada capex global.
Maybank IB menjelaskan tidak semua hasil dapat diraih oleh syarikat yang berpangkalan di ASEAN berikutan sebahagian besar peluang tersebut akan disaingi bersama syarikat teknologi global. Namun hasil permintaan pusat data tersebut, ia secara langsung kekal memberi manfaat kepada syarikat ASEAN yang terlibat.
Khususnya kelebihan bersama pelabur China. Ini kerana negara ASEAN boleh diklasifikasikan sebagai pihak berkecuali dalam isu geopolitik. Faktor ini sekaligus memberi kelebihan untuk menjadi pilihan sebagai lokasi pembinaan pusat data di rantau ini.
ASEAN adalah pertubuhan kerajaan serantau yang libatkan 10 buah negara di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vienam. Matlamat penubuhan ini untuk perkasakan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, pembangunan budaya serta promosikan kemantan serantau dalam isu melibatkan kepentingan bersama di rantau ini.