Setakat Jun 2024, didapati sebanyak 41,278 kemalangan berkaitan pekerjaan telah direkodkan Pertubuhan Keselamatan Sosial pada pasaran semasa. Jumlah ini untuk makluman melibatkan kategori kemalangan kalangan pekerja industri (21,503 kes), diikuti 19,770 pula kes berkaitan perjalanan ke tempat kerja.
Melihat pada isu ini ia secara jelas menunjukkan tahap kesedaran melibatkan keselamatan, kesihatan pekerjaan di pasaran negara masih lagi rendah dan perlu diperluaskan kepada pekerja dan bakal pekerja tempatan.
Maka untuk langkah lanjut, Kementerian Pengajian Tinggi (IPT) menyarankan graduan yang bertindak selaku pekerja baharu untuk meningkatkan kesedaran kendiri mereka akan risiko bidang pekerjaan yang akan disertai kelak.
Langkah ini tidak sekadar memastikan skop pekerjaan yang diperolehi menyediakan hak kebajikan buat para pekerja tetapi granduan juga perlu lebih bersedia untuk melengkapkan diri dengan perlindungan khusus bagi depani risiko dalam bidang pekerjaan mereka.
Setakat ini KPT bersama Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) telah meluaskan kesedaran awal berhubung kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bersama penuntut di peringkat institusi pendidikan negara – ini termasuklah di peringkat politeknik dan kolej komuniti.