Tealive, jenama minuman negara kini terus optimis dalam meluaskan jejak mereka pada pasaran antarabangsa. Antaranya merancang mengukuhkan portfolio mereka di luar negara dan meneroka pasaran baharu.
Anak syarkat milik Loob Holding ini menyasarkan untuk memiliki sejumlah 100 cawangan di Filipina, yang pada ketika ini telah mencapai sekitar 75 cawangan. Sekiranya matlamat itur berjaya direalisasikan, Tealive akan melanjutkan usaha mereka untuk tembusi pasaran Indonesia pada 2025 atau lebih awal sekitar akhir 2024 ini – seperti yang dimaklumkan Mei lalu.
Menerusi aturan itu, ia sekaligus meluaskan lagi perkembangan jenama Tealive pada pasaran Asia Tenggara. Setakat ini sahaja, selain Malaysia Tealive telah bertapak di Filipina, Vietnam, Myanmar, Australia, Kemboja, Brunei, Mauritius dan Kanada.
Adanya perolehan 100 cawangan di setiap pasaran, ia akan membantu Loob Holding meneruskan usaha pada perkembangan di pasaran baharu kelak.