Artikel

Zon Kewangan Khas Forest City Dilancarkan – Tawar Cukai Sifar Ke Atas Firma Pengurusan Individu Kaya

Selari dengan pelancaran Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City pada hari ini, pelbagai insentif menarik disediakan bagi mengamit kemasukan modal antarabangsa pada pasaran negara. Ini termasuklah penawaran kadar cukai 0% untuk pejabat kekayaan keluarga (Family Wealth Office) atau firma pengurusan individu kaya.

Tidak hanya itu, insentif seperti kadar cukai korporat konsesi antara 0%-5% dan kadar cukai pendapatan individu khas sekitar 15% untuk pekerja mahir dan rakyat negara turut disediakan bagi kumpulan yang berhasrat bekerja di zon tersebut.

Usaha ini secara langsung tidak sekadar menarik perhatian keluarga kaya di Malaysia dan rantau ini, bahkan turut menarik perniagaan, institusi kewangan dan individu bernilai tinggi untuk menjadikan Forest City sebagai pilihan destinasi aktiviti ekonomi mereka.

Skim tersebut menurut Kementerian Kewangan (MOF) akan dijalankan bagi operasi menjelang suku pertama 2025 kelak.