Artikel

Pos Malaysia Jangka Guna 28% Kenderaan Penghantaran Elektrik – Pada 2025 

Selaras dengan matlamat ingin menggunakan 100% kenderaan penghantaran elektrik dalam perkhidmatan mereka menjelang 2030 – Pos Malaysia optimis sasaran itu kekal mengikuti perancangan mereka, apabila dijangka sekitar 28% daripada kenderaan perkhidmatan akan beralih kepada elektrik pada tahun hadapan, 2025.

Aturan ini adalah tindak balas operasi dalam mengurangkan jejak karbon, di samping memberi penjimatan yang berganda kepada kos operasi Pos Malaysia.

Setakat ini, kumpulan memiliki sekitar 143 can dan 200 skuter elektrik bagi perkhidmatan di Semenanjung Malaysia.

Tidak hanya fokus tersebut, Pos Malaysia pada sidang Beyond the Boardroom semalam turut memaklumkan pihaknya kini menggunakan telematik sepenuhnya bagi meningkatkan keselamatan pemandu, di mana pada operasi Malaysia 100% trak dan 37% van dimaklumkan dilengkapi dengan peranti telematik.

Antara usaha di bawah pelan lestari kumpulan, penggunaan panel solar turut diperkasakan Pos Malaysia – langkah penerapan 16 panel solar pada bangunan operasi secara langsung telah membawa kepada pengurangan sehingga 30% penggunaan tenaga elektrik.