Tahun 2022 memaparkan jumlah pertubuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Malaysia mengalami lonjakan kepada 1.07 juta dengan kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) meningkat sekitar 2.4%.
Pertambahan itu mengikut data Jabatan Perangkaan (DOSM)) didorong akan kepesatan aktiviti ekonomi dalam sektor Perkhidmatan yang mewakili 936,793 pertubuhan, diikuti Pembinaan 69,015 dan Pembuatan pula 51,481.
Pertambahan bilangan ini antara lain turut meningkatkan nilai output kasar kepada RM1.3 trilion pada tempoh tersebut.
Berdasarkan taburan mengikut negeri, Selangor menjadi penyumbang utama ke atas PMKS negara dengan rekod pertumbuhan nilai ditambah kepada RM208 bilion, diikuti Kuala Lumpur RM113.2 bilion dan Johor pula RM58.7 bilion.
Maka selari dengan data itu, kumpulan peniaga di Malaysia dijangka akan terus meningkat dengan adanya sokongan digital pada perkembangan operasi. Untuk perolehi sokongan tersebut, peniaga kecil kini boleh melanggan pakej U Biz Bundle bagi kemudahan internet perniagaan anda dengan 5 talian pada RM50 setiap satu, iaitu separuh harga daripada U Business.
Pada akses ini, peniaga berpeluang meraih internet berkelajuan tinggi sehingga 1,000GB dengan UltraHotspot 5G dan perayauan percuma di 63 destinasi. Di mana ia sesuai untuk perniagaan yang memerlukan kuota tinggi, dengan proses muat turun dan muat naik yang stabil.
Tidak hanya itu peniaga turut berpeluang perolehi dua telefon pintar 5G percuma dan tambah RM50 sebulan untuk jalur lebar perniagaan 5G Office dengan penghala Wifi 6 5G, tanpa bayaran pendahuluan atau pemasangan rumit. Sesuai untuk perniagaan seperti kedai pop-up atau trak makanan. Layari laman rasmi U Business untuk maklumat lanjut.