Dalam memastikan prestasi ekonomi negara terus berkembang, pelbagai iniasitif sokongan perlu disertakan termasuklah meluaskan kapasiti perlindungan kalangan penduduk negara. Ini kerana menjelang 2044, 14% daripada penduduk Malaysia dijangka berusia 65 tahun ke atas. Susulan situasi ini, Bank Negara Malaysia (BNM) kini beri penekanan untuk penyedia insurans dan takaful meluaskan usaha mereka bagi mengecilkan jurang perlindungan yang masih ketara pada pasaran semasa.
Jelas Gabenor BNM pada sidang penjenamaan semula Asian Institute of Insurance (All) minggu ini, usaha sedemikian akan mengukuhkan lagi jaringan keselamatan kewangan ke atas masyarakat negara.
Fenomena yang dikenali sebagai kebanjiran warga emas tersebut, secara ketara akan memperlihatkan penduduk golongan bekerja akan semakin berkurangan dan perlu menanggung penduduk golongan warga emas yang semakin bertambah.
Antara input yang diusulkan BNM adalah memanfaatkan teknologi digital dalam meningkatkan kecekapan data serta kawalan kos yang lebih, diikuti meluaskan pendidikan tentang kepentingan perlindungan, mweujudkan ekosistem insurans yang lebih inklusif khususnya ke atas kumpulan yang kurang mendapat perkhidmatan dan melaksana integrasi bersama pemain serantau bagi memudahkan lagi akses perlindungan dapat dicapai.
Adanya kebersamaan ini, BNM menjangkakan lebih ramai pihak meraih manfaat perlindungan yang saksama di masa hadapan.