Artikel

Agrobank, Borong Ingin Perkasa Perniagaan Digital Pertanian – Sasar 15,000 PMKS Raih Manfaat

Bagi merancakkan lagi perluasan akses digital, Agrobank bersama Borong kini telah mencapai kesepakatan persefahaman dengan menyediakan pembiayaan berjumlah RM300 juta buat pemain perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) negara melalui Program Digital Niaga.

Adanya  kolaborasi ini ia secara langsung meluaskan lagi inisiatif negara dalam membangunkan ekosistem perniagaan melibatkan sokongan digital pada pertanian dan agrobisnes. 

Usahasama ini turut dapat memanfaatkan komuniti yang kurang mendapat perhatian – kepada akses pembiayaan yang lebih komprehensif dengan menawarkan pilihan pembiayaan yang berpatutan. Melalui platform digital Borong, Agrobank dapat menyediakan pembiayaan kepada PMKS mengikut keperluan masing-masing untuk pembangun serta pengembangan perniagaan.

Tidak hanya itu bersama kepakaran Borong yang dahulunya dikenali sebagai Dropee – usaha ini dijangka dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara dan membuka peluang baharu untuk 15,000 PKMS di Malaysia.

Berikutan komitmen ini, kedua pihak menjangkakan inisiatif ini berpotensi menjana ekonomi sekitar RM8.6 bilion dalam tempoh 3 tahun mendatang.