Rentetan berlakunya penurunan harga pasaran minyak di peringkat dunia, Kementerian Kewangan (MOF) kini bertindak menurunkan harga runcit petrol terpilih pada minggu baharu ini. Ia merangkumi penurunan 6 sen ke atas harga runcit RON97 dan harga runcit Diesel bagi Semenanjung.
Notis MOF ini secara perincinya menetapkan pengurangan harga tersebut akan berkuat kuasa bermula 19 September sehingga 25 September 2024 ini.
Ia bermakna harga runcit RON97 adalah RM3.19 seliter, diikuti RON95 kekal di paras RM2.05 seliter dan diesel di Semenanjung pula menurun kepada RM2.95 seliter. Sementara harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Pada pengurangan tersebut, aturan ini berupaya memberi penjimatan kepada pengguna kenderaan negara pada tempoh yang dimaklumkan.
Untuk persekitaran semasa, MOF sentiasa optimis dalam memantau pelarasan harga minyak mengikut pasaran dunia dan akan mengambil pendekatan bersesuaian untuk memastikan kesejahteraan pengguna kekal dipelihara.