Jepun ketika ini telah mencapai rekod tertinggi baharu – apabila jumlah penduduknya yang berusia 100 tahun ke atas kini mencapai lebih 95,000 orang.
Mengikut data kesihatan Jepun, berlandaskan data itu hampir 90% daripadanya adalah kalangan wanita.
Sebagai perincian, setakat 1 September lalu seramai 95,119 orang direkodkan kini berusia 100 tahun atau lebih. Dengan 83,958 terdiri daripada wanita dan 11,161 adalah lelaki. Angka ini sekaligus memperlihatkan peningkatan 2,980 orang dari tahun ke tahun.
Status ini secara langsung menempatkan Jepun pada senarai 200 negara dan rantau yang memiliki penduduk tua lebih daripada 100,000 orang di pasaran semasa.