Artikel

Kelantan Rancang Pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang Ke Lokasi Lain

Kelantan kini dalam pertimbangan untuk memindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke suatu lokasi baharu yang lebih strategik. Perancangan ini berikutan lokasi semasa adalah berhampiran dengan kawasan kediaman penduduk.

Menurut Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan ketika ini pihaknya masih meneliti akan tinjauan lokasi yang bersesuaian untuk memindahkan zon bebas cukai tersebut.

Buat pengetahuan umum, Kelantan ketika ini memiliki Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas dan Pengkalan Kubor (Tumpat). Namun berdasarkan pengamatan menyeluruh jualan di Pengkalan Kubor lebih tinggi berbanding di Rantau Panjang.

Maka menerusi penempatan lokasi baharu kelak ia dijangka dapat meluaskan lagi tarikan pelancong pada zon bebas cukai negeri, di samping membuka lebih banyak peluang perniagaan bersama warga tempatan.