Tupperware Brands, jenama barangan bekas plastik global kini dimaklumkan – sedang bersedia untuk memfailkan muflis pada status operasi mereka, seawal minggu ini. Tindakan itu susulan prestasi permintaan yang semakin menurun pada pasaran semasa serta tekanan kewangan yang dimiliki kumpulan.
Menurut laporan Bloomberg, persediaan bankrap itu telah dicapai susulan rundingan antara Tupperware dan pemberi pinjamannya mengenai pendekatan terbaik akan pengurusan beban hutang yang melibatkan lebih AS$700 juta. Pihak pinjaman difahamkan telah bersetuju memberi ruang kepada Tupperware pada tahun ini akan isu pelanggaran syarat pinjaman yang berlaku. Namun prestasi syarikat tersebut diperhatikan terus merosot.
Sementara prestasi saham pula memaparkan Tupperware berdepan penurunan 15.8% kepada 43 sen pada akhir sesi dagangan. Prestasi tersebut menjadikan ia 57% lebih rendah berbanding harga pada permulaan sesi dagangan.
Sekadar imbasan, Tupperware telah bermula sejak 1946 lagi dan isu kemerosotan prestasi ini bukanlah kali pertama dilalui kumpulan. Situasi tersebut telah didepani sejak akhir 2022 lalu.