Artikel

India Kini Hapus Sekatan Harga Minimum Eksport Beras Basmati, Bawang

India minggu lalu secara rasminya memaklumkan sekatan harga minimum ke atas eksport beras basmati dan bawang kini dihapuskan. Aturan itu sekaligus membuka kembali manfaat kepada kumpulan petani dan permintaan dari negara luar. 

Tidak hanya itu, syarat melibatkan harga eksport minimum (MEP) bagi tindakan eksport bawang turut ditarik balik, bersama pengurangan duti kepada 20%. Keputusan itu secara terus akan merangsang kembali aliran pendapatan pemain sektor pertanian. 

Buat pengetahuan umum, India sebelum ini dalam usaha menstabilkan bekalan dan harga bawang domestik. Antaranya dengan mengenakan larangan eksport bawang pada Disember tahun lalu dan kemudian melanjutkannya sehingga Mac lepas. Larangan itu bagaimanapun ditarik balik pada Mei tetapi kerajaan mereka telah menetapkan MEP pada US$550 setiap tan dan mengenakan duti eksport sebanyak 40%.

Maka adanya penamatan sekatan tersebut, ia memberi kelebihan kepada permintaan luar dalam mengukuhkan lagi aliran sekuriti makanan di pasaran.