MooMoo Malaysia, antara platform pelaburan digital negara kini mengumumkan rancangan mereka untuk menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan dagangan ‘US Option’ dan Dagangan Bursa Saham Hongkong HKEX seterusnya mengembangkan penawaran produk pelaburan bagi memenuhi permintaan pelabur Malaysia yang ketika ini semakin meningkat.
Bersama-sama dengan pengumuman pelancaran berkenaan, MooMoo Malaysia turut mendedahkan Tinjauan Sentimen Pelabur H2 yang menunjukkan bahawa sebanyak 60.4% pelabur Malaysia memilih untuk membeli saham semasa harga pasaran menurun.
Menerusi perkembangan strategi seumpama ini, ia sekaligus membuka peluang baru untuk para pelabur di Malaysia bagi mempelbagaikan portfolio mereka dan mengakses beberapa pasaran kewangan terbesar dunia.
Meningkatkan pegangan tunai pula menjadi sebab kedua paling disukai oleh kebanyakkan pelabur Malaysia dimana ia dipersetujui oleh seramai 37.4% pelabur. Strategi lain pula melibatkan tentang peralihan sektor pertahanan dan ia disokong oleh 22.2% responden yang terdiri daripada para pelabur tempatan. Selain itu ialah pendedahan kepada pelaburan ke dalam pasaran anatarabangsa dimana 1 daripada 4 responden berhasrat untuk membuat pelaburan ke luar negara.
Secara keseluruhan, berdasarkan tinjaun berkenaan juga menunjukkan 2 daripada 3 pelabur Malaysia sememangnya menyumbang kepada pengekalan corak pasaran pelaburan yang positif untuk tahun 2024. Pada masa yang sama, ia membuktikan bahawa terdapat lebih 60% pelabur gemar membeli saham semasa harga saham pasaran menurun dan satu pertiga sedang meningkatkan pegangan tunai bagi menunjukkan pendekatan yang lebih strategik untuk melabur. Demikian itu, MooMoo komited untuk menyediakan alatan dan sumber bagi menyokong aliran pelaburan ini.
Acara selama tiga hari oleh Moomoo Securities Malaysia Sdn, #MerdekaBersamaMoofest ini turut menampilkan beberapa orang panel iaitu Kathlyn Toh, Pengasas & Ketua Jurulatih Beyond Insights, Zeff Tan, Ketua Jurulatih dan Penyelidik Ekuiti SHARIX.MY, dan Dennis Jee, COO Moomoo Malaysia dalam sesi perbincangan yang bertajuk “Moo-ving Malaysia Forward: Building Your Merdeka Portfolio, Investing for Independence”. Perbincangan berkenaan adalah sebuah perkongsian mengenai pandangan tentang cara untuk berdepan dengan landskap ekonomi semasa, kepentingan pendidikan, serta peranan penting teknologi dalam pelaburan moden.
Secara keseluruhan, pelancaran dagangan ‘US Option’ dan Dagangan Bursa Saham Hongkong HKEX oleh Moomoo Malaysia ini adalah satu langkah strategik yang cukup berguna bagi memenuhi permintaan pelabur Malaysia yang semakin meningkat selari dengan gaya pelaburan masa kini yang juga semakin canggih.