Bagi menyokong agenda negara dalam memerangi pengambilan gula berlebihan, dimaklumkan bermula 1 Oktober kelak – tiada lagi penawaran diskaun Jualan Rahmah ke atas barangan bergula.
Tindakan itu menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melibatkan penarikan barangan bergula pada senarai potongan harga di bawah Program Jualan Rahmah.
Buat pengetahuan umum, sebelum ini program tersebut melibatkan penawaran diskaun antara 10% sehingga 30% ke atas barangan bergula dan lebih menarik terdapat aturan kelak akan melibatkan peletakan gred makanan berdasarkan tahap kandungan gula pada senarai barangan Rahmah.
Usaha itu akan menjadi sebahagian pendedahan kepada pengguna untuk lebih peka akan jumlah pengambilan gula secara berkala. Menerusi langkah ini, diharap semua pihak peka akan pengeluaran produk bergula dalam senarai diskaun Rahmah mulai Oktober kelak.