Seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, bagi minggu baharu dimaklumkan harga runcit RON97 bersama harga runcit Diesel di Semenanjung akan dikurangkan 15 sen buat kemudahan pengguna.
Notis Kementerian Kewangan (MOF) ini secara perincinya menetapkan pengurangan harga tersebut akan berkuat kuasa bermula 12 September sehingga 18 September 2024 ini.
Ia bermakna harga runcit RON97 adalah RM3.25 seliter, diikuti RON95 kekal di paras RM2.05 seliter dan diesel di Semenanjung pula menurun kepada RM3.01 seliter. Sementara harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Menerusi pengurangan tersebut, secara langsung berupaya memberi penjimatan kepada pengguna kenderaan negara pada tempoh yang dimaklumkan.
Pada persekitaran semasa, MOF kekal optimis untuk terus memantau pelarasan harga minyak mengikut pasaran dunia dan akan mengambil pendekatan bersesuaian untuk memastikan kesejahteraan pengguna kekal dipelihara.