Sejak akhir tahun lalu, Pos Malaysia telah mula meluaskan segmen perniagaan mereka dengan meneroka cabang baharu membabitkan rangkaian serbaneka, Pos Shop. Setelah lebih setahun, kini Pos Shop secara rasminya memiliki 36 cawangan di seluruh negara, memperlihatkan permintaan yang baik daripada pengguna negara.
Untuk makluman umum, di bawah rangkaian serbaneka Pos Shop ini terdapat juga penawaran Pos Kafe buat kemudahan para pengguna. Menerusi kepelbagaian khidmat ini ia secara langsung merealisasikan matlamat Pos Malaysia untuk mengabungkan perkhidmatan tradisional bersama akses moden.
Melalui usaha ini, ia secara langsung memberi pendedahan kepada pengguna antara khidmat untuk meraih pengalaman berbelanja dengan lancar pada akses penyelesaian sehenti. Langkah ini juga tidak hanya memberi pulangan kepada Pos Malaysia bahkan ke atas peniaga kecil negara yang turut terlibat sama dalam penawaran produk di rangkaian serbaneka kumpulan.
Secara menyeluruh, Pos Malaysia optimis untuk terus meluaskan jejak Pos Shop dengan memiliki 50 cawangan pada tahun ini dan merancang menambah 40 lagi cawangan pada tahun 2025.