Artikel

Geran Industri Digital Kini Dibuka, Sasar Perluas Penerbitan Digital Malaysia – MDEC 

Untuk meluaskan lagi akses ekonomi digital negara – kini tiga permohonan geran melibatkan Geran Kandungan Digital (DCG), Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) dan Geran Pemangkin Malaysia Digital (MDCG) dibuka buat penggiat industri digital di pasaran.

Adanya penawaran geran ini, ia sekaligus menyokong  syarikat teknologi yang beroperasi di Malaysia meluaskan produk mereka pada pasaran global. Menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) usaha ini tidak sekadar memacu kebolehpasaran produk negara bahkan turut merancakkan lagi penerbitan digital negara secara berkala.

Sebagai perincian, DCG mengfokuskan kepada pembangunan industri kreatif melibatkan 4 cabang geran seperti Geran Projek Mini, Geran Pembangunan, Geran Produksi dan Geran Pemasaran & Pengkomersialan.

Penawaran geran ini mengfokuskan kepada syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabiliiti terhad (LLP) melibatkan bidangn kandungan digital animasi, permainan digital, komik digital dan teknologi kreatif.

Manakala MDXG pula tertumpu kepada syarikat tempatan yang bersedia eksport produk, aktiviti serta khidmat teknologi pada pasaran global bersama tempoh projek setahun.

Sementara MDCG pula membantu syarikat tekonologi merangsang pengguna penyelesaian lestari – sepertimana matlamat dalam sektor yang dipromosikan Malaysia Digital berasaskan teknologi perindustrian.

Secara menyeluruh permohonan baharu bagi tahun ini telahpun boleh diakses bermula hari ini (9 September) dan akan terus terbuka sehingga kapasiti geran ditutup. Maka untuk pemain ekonomi yang berminat boleh layari Geran MDEC bagi tindakan lanjut dan ketahui kriteria penuh perolehan geran.