Artikel

Sekitar 13% Penjawat Awam Telah Muflis, Sejak 2021 – Jabatan Insolvensi 

Sejak 2021 sehingga rekod semasa, didapati 10-13% daripada kes bankrap baharu yang didaftarkan di seluruh negara adalah melibatkan kumpulan penjawat awam.

Data Jabatan Insolvensi (MdI), memperincikan antara faktor yang mendorong kepada status tersebut susulan memiliki tahap hutang yang serius. Di mana ia diklasifikan sebagai kesalahan di bawah Peratusan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Untuk makluman, tahap hutang serius ini didasari berlandaskan jumlah pendapatan yang dinikmati penjawat awam. Pada pengukuran tersebut, kumpulan terlibat ini hanya membawa pulang jumlah pendapatan bawah daripada 40% sahaja.

Dan lebih jelas, sekiranya individu berdepan tunggakan lebih RM100,000 – maka kumpulan ini telahpun layak dikategorikan muflis menerusi tindakan mahkamah.

Secara menyeluruh, setakat Julai lalu MdI sejumlah 159,781 kes bankrap telah direkodkan di seluruh negara dengan pinjaman peribadi dan perniagaan terus menjadi punca utama kegagalan peminjam menguruskan kewangan mereka.