Tahukah pembaca setiap tahun, sejumlah 120 juta metrik minyak telah dibazirkan – di mana hanya 25% minyak masak yang digunakan diserap dalam makanan manakala 75% lagi minyak yang diguna pula dibuang mahupun diguna semula.
Oleh itu untuk menghindari tabiat pembaziran tersebut, Touch ‘n Go eWallet kini membolehkan pengguna untuk mengitar semula minyak masak terpakai (UCO) mereka pada akses aplikasi bersama Arus Oil.
Apa yang menarik menerusi kemudahan ini, pengguna akan meraih bayaran kitar semula secara terus pada dompet digital TNG.
Maka untuk meraih manfaat tersebut, pengguna TNg eWallet boleh merujuk pada perkhidmatan di aplikasi dan mengetik butang Arus Oil seterusnya boleh membuat temu janji untuk tindakan lanjut bagi langkah mengitar semula minyak masak terpakai anda. Pada aturan ini, pengumpulan minimum untuk UCO adalah ditetapkan sekitar 5 kilogram.
Setelah langkah kitar semula berjaya dilaksanakan maka pembayaran akan dikreditkan kepada aplikasi TNG pengguna.
Secara menyeluruh buat masa ini, akses tersebut hanya tersedia di sekitar Lembah Klang sahaja dan disasar akan diperluaskan secara berkala kelak.