Artikel

Perlis Kelak Wajibkan Peniaga Pasar Malam, Henti Operasi Ketika Maghrib – Bermula 15 Sept Ini

Bermula pertengahan September ini, peniaga pasar malam yang beragama Islam di Perlis – wajib menghentikan seketika operasi jualan mereka selama 20 minit ketika waktu Maghrib. Aturan itu bertujuan memastikan keselesaan semua pihak libatkan pengguna dan peniaga, untuk tidak tergesa-gesa.

Langkah ini telah dicapai hasil Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis pada 21 Ogos lalu. Untuk peringkat awal, dimaklumkan penguatkuasa akan laksana pemantauan untuk menjamin pelaksanaan tersebut dipatuhi semua pihak.

Bagaimanapun pelaksanaan itu tidak diwajibkan ke atas peniaga bukan Islam, kumpulan ini tidak miliki sebarang halangan sekiranya mahu meneruskan aktiviti perniagaan pada tempoh tersebut. Namun kekal digalakkan untuk memenuhi aturan tersebut.