Peningkatan kos semasa dan keupayaan menyimpan yang lebih terhad kini secara langsung telah membantutkan sebilangan sasaran pengguna untuk miliki rumah sendiri. Untuk separuh pertama 2024, didapati terdapat 74% penyewa memaklumkan akan terus menyewa berikutan simpanan mereka masih tidak mencukupi.
Menurut data sentimen pengguna bagi separuh pertama 2024 – PropertyGuru ini, faktor tersebut menjadi antara isu utama yang didepani penyewa negara. Susulan isu ini, penyelidikan dapati cadangan pengenalan deposit perumahan yang diusulkan KPKT tempoh hari adalah relevan untuk mengurangkan beban pengguna bagi pemilikan rumah di peringkat awal.

Ini kerana didapati 43% responden akui mereka tidak mampu untuk membayar duit deposit berikutan tidak miliki gaji dan pekerjaan yang stabil. Di mana secara terperincinya 36% masih tidak mampu menyimpan duit deposit sementara 16% pula tidak lepasi kriteria pinjaman perumahan.
Selain isu pemilikan rumah, proses menyewa juga dilihat semakin renyah apabila semakin ramai pemilik kediaman meletakkankan kriterian deposit tambahan (48%) dan 45% penyewa akui sukar untuk laksana perbincangan kadar sewa bersama pemilik kediaman.
Untuk tahun ini sahaja, dimaklumkan terdapat kenaikan pada pasaran kediaman. Antaranya Kuala Lumpur dan Selangor berdepan kenaikan harga rumah sekitar 9.7% dan sewa pula 9.9%.
Maka melihat pada persekitaran ini, PropertyGuru menjangkakan usul pentadbiran untuk membantu meringankan kos pemilikan rumah pada peringkat deposit dapat mengukuhkan lagi pasaran hartanah negara dan meningkatkan keyakinan pengguna secara berperingkat.