Affin Diventium kini secara rasminya dilancarkan Affin Group – bagi mengfokuskan penawaran khidmat pengurusan aset yang tertumpu kepada kumpulan orang kaya. Ini melibatkan mereka yang miliki aset boleh dilabur sekitar RM2 juta dan ke atas.
Segmen perbankan peribadi tersebut diperincikan akan menyediakan khidmat berhubung perancangan kewangan serta nasihat kewangan pada pasaran semasa.
Malah perbankan juga turut memperkenalkan Pembiayaan Aset Mewah, di mana menawarkan akses kepada pilihan premium yang membolehkan pelanggan berkaitan mengurus aset bernilai tinggi seperti perhiasan, kapal layar dengan lebih mudah.
Malah untuk akses korporat, penyelesaian gabungan, bantuan hutang, pengumpulan dana dan penyusunan semula korporat serta kemudahan transaksi rentas sempadan juga turut disediakan.
Adanya usaha ini, ia sekaliugs dapat membantu pelanggan miliki perancangan kewangan yang stabil untuk jangka masa panjang.