Artikel

Concorde Hotel KL Akan Dijual – Pada Nilai Hampir RM700 Juta

Setelah 34 tahun menyediakan khidmat perhotelan pada pasaran negara, Concorde Hotel Kuala Lumpur kini dimaklumkan akan dijual bersama tanah bersebelahannya pada nilai hampir RM700 juta.

Tanah seluas 4.5 ekar milik hartawan hartanah Singapura Ong Beng Seng ini difahamkan kini membuka permohonan pembelian pada pasaran semasa. Di mana ia tidak sekadar terbuka untuk pembeli tempatan bahkan pembeli asing turut dibolehkan mengambil bahagian.

Sekadar imbasan,  Corcorde Hotel KL sebelum ini dikenali sebagai Hotel Merlin pada tahun 1957 sehingga 1990. Namun kesan persaingan industri perhotelan – perubahan konsep penginapan telah dilaksanakan operasi bersama penawaran khidmat yang lebih premium.

Menerusi aturan itu, ia sekaligus menjadikan hotel Concorde KL kini bertaraf 4 bintang dengan penawaran sejumlah 581 bilik buat kemudahan pelanggan semasa.