Artikel

Motosikal Baharu 150cc Ke Atas, Kelak Wajib Miliki Sistem Brek Antikunci (ABS) – Mulai 1 Januari 2025

Bermula 1 Januari 2025 kelak, semua motosikal baharu berkapasiti enjin 150cc dan ke atas perlu miliki sistem brek antikunci (ABS) bagi menambahbaik ciri keselamatan penunggang ketika di jalan raya.

Pelaksanaan ini untuk pengetahuan umum telah dizahirkan sejak 2022 lagi, di mana keperluan ini melibatkan kajian terperinci bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Pendekatan keperluan ABS ini adalah bertepatan dengan matlamat negara untuk tingkatkan tahap keselamatan penunggang. Menurut tinjauan sekitar 31% risiko pengurangan kemalangan dapat dicapai dengan adanya sokongan ABS bagi pengawalan kenderaan.

Keperluan ini penting untuk negara mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Setakat 2023 sahaja terdapat 599,967 kemalangan jalan raya direkodkan.