DRB-Hicom melalui notis yang diterima anak syarikatnya HICOM Holdings Berhad (HHB) kini berdepan Notis Taksiran cukai RM246.25 juta termasuk penalti berikutan tindakan perolehan untung susulan pelaburan jangka panjang yang dilaksanakan.
Notis Taksiran merujuk kepada perintah bertulis yang dikemukakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Di mana notis tersebut memperincikan pendapatan bercukai, jumlah caj yang perlu dilunaskan serta maklumat berkaitan.
Mengikut makluman Bursa hari ini, keputusan LHDN itu setelah mengambilkira keuntungan daripada pelupusan jangka panjang yang dikelola anak syarikat kumpulan – ini selari dengan pendapatan di bawah percukaian Seksyen 4(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2020.
Bagi tindakan lanjut, HICOM Holdings kini diberi tempoh selama 30 hari dari tarikh notis untuk laksana prosedur rayuan berhubung keputusan LHDN itu.