Kesan tekanan kos semasa, diikuti sumber pendapatan yang lebih terhad – empat negeri pembangkang di Malaysia kini bertindak menubuhkan sebuah syarikat bersama, iaitu State Government 4 (SG4) Group Sdn Bhd di bawah pemantauan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku penasihat operasi.
SG4 diperincikan akan mengfokuskan kepada 5 kluster ekonomi di pasaran negara merangkumi infrastruktur dan logistik; perdagangan, pelaburan dan industri; pertanian dan sekuriti makanan; pendidikan dan modal insan; dan sumber pendapatan baharu
Berbekalkan tumpuan tersebut, ini secara langsung akan meningkatkan lagi hasil keempat negeri tersebut berikutan penubuhan syarikat ini memperlihatkan setiap negeri miliki pegangan ekuiti 25%.