Artikel

OPR Dijangka Kekal Paras 3.0%, Namun Miliki Risiko Kenaikan – Standard Chartered

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka akan terus mengekalkan pelarasan kadar dasar semalaman (OPR) di paras 3.00%, sepertimana yang ditetapkan sejak Mei 2023 lalu.

Aturan itu berikutan seiring dengan paras inflasi semasa, di mana menurut notis Standard Chartered hari ini – inflasi Julai lalu memaparkan paras sederhana dengan 2.0% diikuti inflasi utama sekitar 1.9%. Selain faktor itu, berikutan tiada pengumuman untuk langkah subsidi bersasar selanjutnya maka situasi itu tidak akan memberi kesan yang ketara pada paras inflasi negara.

Namun pasaran negara perlu kekal berjaga, berikutan risiko ketika ini adalah OPR cenderung mengalami kenaikan, tidak lagi penurunan rentetan prestasi ekonomi negara kian memulih.

Dan buat pengetahuan umum paras OPR 3.00% telah dikuat kuasakan sejak tahun lalu. Sekiranya ia alami perubahan dan dinaikkan pada 5 September kelak – ia sekaligus menamatkan pengekalan OPR yang telah dilaksanakan sebanyak 8 kali bermula Mei 2023.