CIMB Group Holdings kini memaparkan prestasi yang positif apabila berjaya merekodkan untung bersih RM3.9 bilion bagi separuh pertama 2024.
Angka ini sekaligus menunjukkan berlakunya peningkatan 14% pada catatan untung berbanding tempoh yang sama pada 2023 dengan RM3.42 bilion. Pencapaian ini mengikut notis kumpulan didasari akan pelan strategik perbankan diikuti tindak-balas operasi akan persekitaran semasa.
Sebagai perincian, pendapatan kumpulan turut kukuh kepada RM11.23 bilion (naik 8.7%) disusuli kawalan kos yang lebih berdisplin serta peningkatan kualiti aset yang disumbangkan oleh portfolio pasaran ASEAN.
CIMB pada lanjutan agenda mendatang, memaklumkan pihaknya kini sedang merangka pelan strategik seterusnya berikutan penamatan pelan Forward23+ yang akan berakhir pada akhir 2024 ini. Pelan strategik baharu tersebut akan dikongsikan pada keputusan tahunan kewangan kelak – di mana akan mengambilkira segala keperluan aspek pasaran meliputi kehendak pengguna, trend semasa, dan lanskap ekonomi negara.