Touch ‘n Go eWallet kini melaksanakan kemas-kini pada ciri akses aplikasi mereka mengikut negara. Pada penambahbaikan akses tersebut, terdapat 7 negara kini menerima sokongan perkhidmatan dan tawaran eksklusif bersama TNG eWallet. Ini bermakna pengguna negara boleh menukar lokasi mereka berdasarkan senarai negara yang terlibat di aplikasi TNG eWallet.
Senarai penukaran mengikut lokasi itu melibatkan negara China, Thailand, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Macau dan Singapura.

Di mana ketika aturan penukaran lokasi negara dilaksanakan, maka pengguna dapat melihat perubahan mata wang secara terus pada dompet digital, diikuti penawaran akses perkhidmatan dan ganjaran di negara terlibat. Ciri ini secara langsung memudahkan pengguna untuk berbelanja di negara tersebut.
Selain 7 negara itu, terdapat 40 buah negara lain pula turut menerima sokongan pembayaran melalui Alipay+ di bawah aplikasi TNG eWallet. Adanya akses ini, ia turut melancarkan lagi perjalanan pengguna di negara terlibat dengan mengetahui kadar pertukaran semasa yang disertakan pada paparan aplikasi.
