Artikel

Tol Percuma Sebulan Kini Diberi – Buat Pengguna Lebuhraya WCE Seksyen 1, Sempena Merdeka

Bermula tengah malam ini, tol percuma selama sebulan kini diberi kepada semua pengguna Seksyen 1 lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) bersempena sambutan kemerdekaan kali ke-67 yang akan diraikan pada 31 Ogos ini.

Makluman Kementerian Kerja Raya itu akan melibatkan laluan persimpangan bertingkat Banting ke persimpangan bertingkat lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sehingga 29 September kelak, jam 11.59 malam.

Adanya kemudahan tersebut, ia secara langsung akan melancarkan perjalan sepanjang 12.5 kilometer pengguna di sekitar Banting termasuklah laluan ke bandar utama di selatan Lembah Klang seperti Putrajaya, Bangi serta Kajang.

Meskipun laluan ini tidak dikenakan sebarang caj pada tempoh tersebut, pengguna kenderaan kekal dinasihati untuk menyediakan pas TNG, RFID dan kad debit dan kad kredit tersedia untuk tindakan pelepasan palang di terminal tol. Adanya kerjasama tersebut, ini akan melancarkan lagi perjalanan semua pihak tanpa menyebabkan kesesakan trafik.