Bank Negara Malaysia (BNM) kini menggesa pengendali insurans di pasaran untuk menyediakan penyelesaian yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan perlindungan buat pengguna di Malaysia.
Jelas BNM pada sidang LIAM minggu ini, polisi perlindungan seharusnya tidak sekadar melibatkan diri pengguna bahkan meliputi risiko ke atas persekitaran domestik. Setakat ini sahaja kadar penembusan insurans hayat berbanding KDNK adalah 3.7%. Angka ini lebih tinggi berbanding purata 2.1% kalangan negara Asia yang lain.
Namun menyedari ketidaktentuan krisis global dilihat berupaya memberi kesan kepada pengguna negara. Maka keperluan galakkan pemilikan perlindungan adalah penting sebagai langkah berjaga di masa hadapan.
Adanya penawaran polisi perlindungan yang lengkap ini, ia tidak sekadar meningkatkan akses kesihatan pengguna negara tetapi turut membantu menyokong nilai ringgit susulan pengurangan tumpuan terhadap produk insurans luar negara sekaligus mengurangkan permintaan terhadap mata wang asing. Secara menyeluruh usaha ini akan membantu menyokong pertumbuhan negara secara berperingkat.