Maybank, bank ke-4 terbesar di Asia Tenggara ini telah memperlihatkan prestasi yang baik apabila meraih untung selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) kepada RM5.02 bilion – sepanjang tempoh 6 bulan pertama 2024. Prestasi ini meliputi keuntungan bersih RM2.49 bilion, bagi suku pertama dan RM2.53 bilion pada suku kedua 2024.
Pertumbuhan ini mengikut kumpulan, didorong pengukuhan dalam pendapatan bukan faedah (NOII) bersama hasil daripada fi teras yang lebih tinggi disusuli prestasi insurans yang kian meningkat.
Tambahan, peningkatan dalam perbendaharaan dan keuntungan pasaran turut meningkatkan lagi pertumbuhan Maybank.
Secara menyeluruh pendapatan operasi bersih kumpulan telah meningkat pada separuh pertama 2024 ini dengan lonjakan 9.4% kepada RM14.92 bilion. Menerusi momentum yang baik ini, Maybank akan terus mengekalkan prestasi operasi dengan meluaskan lagi hala tuju kumpulan. Antaranya memacu sokongan digital dan kelestarian secara berperingkat bersama pengguna.