Sejumlah 635 nama pengarah syarikat di sektor ekonomi negara kini telah dikemukakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang individu terlibat keluar dari Malaysia.
Senarai nama antara Januari sehingga Jun 2024 ini untuk makluman adalah berikutan kegagalan mereka laksana caruman buat pekerja – di mana terdapatnya isu tunggakan.
Rentetan situasi ini, KWSP memberi peringatan kepada semua majikan untuk membayar caruman pekerja mereka sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 43(1) Akta KWSP 1991.
Kegagalan berbuat demikian, ini berupaya membawa kepada tindakan perundangan yang lebih tegas.
Secara menyeluruh sehingga Jun 2024 terdapat 13,820 majikan (2.02%) daripada 685,399 majikan yang berdaftar dengan KWSP didapati gagal membayar caruman pekerja mereka. Ini merangkumi sejumlah 12,787 pengarah syarikat telah disekat pergerakan mereka untuk keluar dari negara.
Diikuti untuk tempoh 6 bulan pertama 2024 pula, sebanyak 1,932 saman sivil telah difailkan terhadap kumpulan pengarah terlibat dan 2,200 kes jenayah juga telah difailkan ke atas majikan yang ingkar akan aturan caruman KWSP bulanan kepada pekerja mereka.
Untuk tindakan lanjut, KWSP menggesa kumpulan pekerja supaya peka akan hak caruman mereka dan menyemak manfaat tersebut secara bulanan. Bagi memastikan kemasukan caruman terus aktif untuk simpanan persaraan mereka kelak. Sebarang langkah lanjut boleh layari pautan rasmi KWSP dan aplikasi KWSP.