GXBank, Zurich Malaysia kini secara rasminya melancarkan kerjasama mereka dalam meluaskan akses insurans mampu-milik kepada pengguna bank digital GXBank dalam memerangi aktiviti penipuan siber di pasaran negara. Di mana dengan serendah langganan RM1 sebulan, pengguna negara kini boleh meraih tuntutan perlindungan akaun sehingga RM5,000.
Menerusi pelancaran Cyber Fraud Protect hari ini, terdapat 3 pakej insurans tersedia buat pengguna negara merangkumi Pakej Asas dengan langganan RM1 sebulan bersama tuntutan sehingga RM5,000, diikuti Pakej Plus pada harga RM2 sebulan bersama tuntutan sehingga RM10,000 diikuti Pakej Pro dengan harga RM4 bersama tuntutan perlindungan sehingga RM20,000.
Perlindungan ini untuk penjelasan lanjut tidak hanya melindungi akaun GXBank tetapi turut merangkumi kad debit dan kad kredit pautan bersama dompet digital di aplikasi.
Adanya akses ini ia selari dengan matlamat GXBank untuk memenuhi penyelesaian perbankan buat rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan khususnya dari aspek perlindungan. Ini termasuklah penawaran keselamatan ciri perbankan yang lebih baik, dan pendedahan berhubung literasi kewangan.
Bagaimanapun, sekadar peringatan GXBank adalah bank digital pertama negara yang meraih pelesenan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) Bank Negara Malaysia pada 29 April 2022 lalu. Ini bermakna ia berperanan selaku bank konvesional, yang jelas memaparkan status GXBank bukanlah di bawah patuh-syariah.