Artikel

Tahap Keyakinan Perniagaan Di Malaysia Terus Naik – Hampir 73% Firma Jangka Kekalkan Jumlah Pekerja

Arena perniagaan di Malaysia terus memperlihatkan peningkatan, susulan tahap keyakinan peniaga telah meningkat 4.7% bagi jangkaan prestasi perniagaan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan mendatang.

Mengikut data DOSM Statistik Kecenderungan Perniagaan Suku Ketiga 2024 ini, semua sektor memaparkan perspektif yang positif pada suku ketiga 2024. Akan tetapi sektor Perdagangan Borong dan Runcit dilihat akan terus berwaspada akan persaingan semasa susulan peningkatan persaingan pada arena atas talian.

Secara menyeluruh sekitar 37% firma menyasarkan hasil kasar operasi meningkat, diikuti 19.9% pula menyatakan akan berdepan penurunan sementara 43.1% pula jangka prestasi hasil kekal tidak berubah.

Manakala mengikut taburan pekerjaan pula, 72.9% firma optimis akan mengekalkan jumlah pekerja mereka dalam tempoh tersebut dan 18.5% firma pula menjangkakan akan mengambil lebih ramai pekerja diikuti hanya 8.5% menjangkakan untuk mengurangkan jumlah bilangan pekerja mereka.