Artikel

Pelabuhan Klang, Tanjung Pelepas – Kini Antara Senarai 15 Pelabuhan Paling Sibuk Di Dunia

Malaysia terus mengukuhkan kedudukan negara dalam pasaran perdagangan apabila memiliki dua pelabuhan tersibuk di dunia, iaitu Pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas.

Menurut laporan Lloyd’s List, Pelabuhan Klang menduduki tangga ke-11 sementara Tanjung Pelepas pula ditangga ke-15. Pertumbuhan tersebut secara langsug telah menjadikan kedua pelabuhan negara antara hab pemindahan konten besar di pasaran Asia.

Sebagai perincian, kontena import dan eksport tempatan telah memaparkan peningkatan ketara sebanyak 8.4% sejak tahun lalu. Di mana Pelabuhan Klang dengan 14.06 juta TEU (naik 6.4%), manakala Tanjung Pelepas dengan 10.48 juta TEU (sedikit menurun 0.3%).

TEU – Unit Ekuivalen 20 Kaki merujuk kepada unit anggaran untuk kapasiti kargo bersama kapasiti kapal kontena serta terminal kontena.

Sekiranya prestasi ini terus ditambahbaik bersama pengembangan teknologi di pelabuhan, terdapat potensi Pelabuhan Klang memasuki senarai 10 pelabuhan tersibuk pada tahun 2024 dan tahun mendatang.

Secara menyeluruh, Pelabuhan Shanghai kekal mendahului di kedudukan pertama, diikuti Pelabuhan Singapura dan 3 lagi pelabuhan China iaitu Ninbo-Zhoushan, Shenzhen serta Qingdao.