Artikel

MAG Maklum Rangkaian Penerbangan Dikurangkan – Sehingga Disember 2024

Rentetan berlakunya isu gangguan perkhidmatan minggu lalu libatkan Malaysia Airlines, Firefly dan Amal – Malaysia Aviation Group (MAG) kini memaklumkan rangkaian penerbangan mereka dikurangkan buat sementara waktu. Di mana aturan itu akan dilaksanakan dalam tempoh sekarang sehingga Disember 2024.

Tindakan ini sekaligus akan memberi kesan kepada perjalanan kumpulan penumpang yang terlibat dalam tempoh tersebut dan memerlukan penumpang untuk menyesuaikan semula perjalanan mereka.

MAG memaklumkan pihaknya kini laksana pelbagai langkah wajar untuk menangani isu tersebut. Antaranya kumpulan penumpang terlibat akan menerima notis emel dari pihak pengurusan berhubung sebarang perubahan perjalanan mahupun penetapan penjadualan penerbangan.

Malah penumpang juga boleh laksana pindaan segera akan tempahan penerbangan mereka pada akses tempahan penerbangan di aplikasi kumpulan.

Maka menerusi penangguhan tersebut, MAG optimis akan menambahbaik perkhidmatan mereka bersama pengguna dan buat pihak yang terkesan boleh layari laman MAG untuk perincian lanjut bagi memastikan perjalanan anda berjalan lancar.