Bagi merealisasikan matlamat negara dalam mengerakkan penjanaan 70% (56 GW) tenaga boleh baharu (TBB) – Malaysia perlu miliki sekurangnya 62,000 pekerja mahir untuk pelaksanaan tersebut menjelang 2050.
Jumlah ini diperincikan seiring dengan peningkatan pada teknologi peralihan tenaga negara.
Mengikut makluman Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air pada sidang TVET Competent ST hari ini, keperluan ini penting memastikan sektor tenaga negara miliki tenaga kerja yang berdaya saing di pasaran.
Maka usaha dalam meningkatkan pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET memainkan peranan yang sangat penting dalam pasaran negara. Langkah tersebut akan mendorong pasaran negara lebih keterdepan secara berperingkat.
Seperti yang umum ketahui, sektor tenaga memiliki peranan utama dalam mengerakkan aktiviti ekonomi negara. Menerusi kecekapan sektor tenaga ia berupaya memacu segmen ekonomi negara dengan lebih tinggi dan lancar.