Artikel

Mantan Ketua Setiausaha Negara, Kini Pengerusi KWSP

Setelah mengumumkan persaraan dari jawatan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali kini dilantikan selaku Pengerusi lembaga pengarah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baharu – berkuat kuasa 1 September 2024 kelak.

Untuk makluman, kedudukan ini bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang telah dilantik pada 1 Mei 2020 lalu. Buat pengetahuan umum, beliau juga merupakan mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan negara di MOF sebelum ini.

Berbekalkan pengalaman yang luas dalam pengurusan polisi dan perkhidmatan awam negara, KWSP kini mengalukan kepakaran Tan Sri Mohd Zuki bagi menyokong halatuju kumpulan untuk peringkat selanjutnya.