Artikel

Eksport Durian Dijangka Capai RM1.8 Bilion Menjelang 2030

Malaysia telah menyaksikan penghantaran durian segar pertama negara ke China, direalisasikan pada 24 Ogos lalu – menerusi penambahan akses eksport ini, ia sekaligus berpotensi meningkatkan pertumbuhan negara secara berperingkat.

Buat pengetahuan umum, sebelum ini Malaysia hanya dibenarkan laksana eksport durian dalam bentuk sejuk beku untuk pasaran China.

Adanya kebenaran eksport durian segar ini, ia dilihat akan merancakkan lagi permintaan durian negara dari pasaran luar. Ketika ini China telahpun menjadi pasaran eksport utama buah durian dari Malaysia dengan nilai eksport tertinggi RM887 juta dicatatkan pada 2022 lalu. Maka pada penambahan akses tersebut, nilai eksport durian dijangka berupaya melonjak dengan mencapai RM1.8 bilion menjelang 2030.

Mengikut perincian Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), bagi fasa awal akses eksport durian segar tersebut – sejumlah 40 juta tan metrik (mt) durian pelbagai jenisĀ  telah dihantar melibatkan Musang King, D24, IOI dan Black Thorn bersama sokongan 8 syarikat durian tempatan.

Menerusi penghantaran eksport tersebut, ia dijangka akan memenuhi pasaran China, antaranya di Beijing, Zhengzhou, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen dan Nanning.