Ninja Van Malaysia kini mengumumkan laksana kerjasama dengan UPS – antara syarikat pengangkutan dan pengurusan rantaian bekalan global. Menerusi aturan itu, ia sekaligus membolehkan pengguna negara mengakses perkhidmatan Worldwide Express dan Express Saver UPS di setiap 52 cawangan milik Ninja Van Malaysia di seluruh Lembah Klang.
Adanya kebersamaan capaian penghantaran ini, ia tidak sekadar meningkatkan portfolio perkhidmatan Ninja Van bahkan turut membantu melonjakkan prestasi kecekapan kumpulan secara berkala.
Menerusi kerjasama ini juga ia sekaligus akan meluaskan lagi segmen kurier bersama kumpulan peniaga di negara pada rangkalan penghantaran global.
Setakat ini sahaja, Ninja Van memiliki lebih 5,500 lokasi pengambilan dan penghantaran barang di seluruh Malaysia bersama lebih 11,000 petugas dan sejumlah 25 juta bungkusan telah dicapai operasi. Dan untuk makluman umum, Ninja Van Malaysia antara operasi kurier yang telah menerima penarafan 4 bintang dalam khidmat penghantaran di negara pada penilaian bawah MIROS dan MCMC negara.