Artikel

BNM Denda Bank of China-Malaysia RM88,000 – Kesan Menyalahi Akta Perkhidmatan Wang

Bank of China (Malaysia) Berhad (BOCM) kini didenda RM88,000 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berikutan kegagalan mematuhi keperluan kehematan yang disyaratkan untuk pengaturan penyumberan luar yang penting – di bawah Penalti Monetari Pentadbiran (AMP).

Sebagai perincian BOCM, gagal mendapatkan kelulusan BNM sebelum menempatkan semula dua sistemnya ke pusat data baharu pada bulan Disember 2022 dan Februari 2023.

Hal ini secara jelas tidak mematuhi perenggan 48(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial Services Act 2013, FSA) yang dibaca bersama dengan perenggan 12.1(b) Dokumen Dasar Penyumberan Luar (Outsourcing PD).

Buat pengetahuan umum dua sistem tersebut adalah  sistem perbankan teras, dan penempatan semula sistem ini dianggap sebagai perubahan besar pada pengaturan penyumberan luar sedia ada yang telah diluluskan kerana tindakan itu boleh mengubah dedahan tahap dan/atau jenis risiko bagi BOCM. Menurut Outsourcing PD, sesebuah institusi kewangan perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada BNM sebelum membuat perubahan besar pada mana-mana pengaturan penyumberan luar penting sedia ada yang telah diluluskan.

Akan tetapi disebabkan berlakunya jurang dalam pemantauan BOCM ke atas aktiviti penyumberan luarnya maka tercetuslah ketidakpatuhan tersebut.

Secara menyeluruh BOCM telahpun melunaskan jumlah penalti tersebut pada 2 Ogos lalu dan kini telah mengambil lawangkah sewajarnya utnuk perkukuhkan pemantauan mereka dalam amalan penyumberan luar termasuklah menetapkan semakan berkala ke atas pengaturan penyumberan luar perkhidmatan mereka.